Konsep Furnishing VS Target Penyewa

Categories Sublet

Perlu diingatkan juga, sewaktu kita mencari unit untuk dijadikan sublet kita perlulah mengetahui target penyewa kita. Dengan mengetahui jenis penyewa kita, barulah kita boleh fokus dalam strategi kita sama ada ingin penyewa jenis keluarga, bujang bekerja ataupun pelajar di kawasan yang sesuai.

Pada sayalah ada beberapa faktor yang kita kena consider sebelum decide nak buat sublet atau tak.

Kena tahu siapa target penyewa kita supaya senang kita nak letak benda yang perlu. Kalau student biasanya cukup ada

  • katil
  • almari
  • meja study
  • mesin basuh
  • peti ais
  • dapur masak

Meja makan, TV, Sofa segala itu tak perlu pun.

Lokasi pun penting. Kalau dapat unit yang walking distance to public transport memang best especially LRT. Biasanya single working people memang nak sewa unit yang macam ni.

Kena check juga current rental rate
 berapa supaya kita tahu berbaloi ke tidak untuk unit tu disubletkan. Biasanya kalau dapat satu unit minimum untung RM300 pun dah just nice.

Dan penting cari unit yang dekat dengan rumah sendiri supaya senang kita nak manage. Ragam penyewa ni macam-macam sampai tak terlayan pun ada. Dah filter pun kadang-kadang terlepas juga sorang dua.

Saya masih ingat dulu masa manage unit di Shah Alam, student call cakap air tak keluar lepas flush. Malam tu juga saya ke sana, bila tengok rupanya sifon dalam tangki cistern dah rosak.

Memang berguna juga subjek building maintenance masa zaman belajar dulu walaupun itulah subjek yang paling saya tak suka

Dan sebenarnya subletter ni bukan hanya nak ambil keuntungan atas angin. Kita uruskan bagi pihak owner, menyediakan kemudahan yang selesa untuk penyewa, segala masalah kita yang akan hadap bukan semata-mata sebab duit.

Pada yang berminat nak tahu tentang sublet dan macam mana anda boleh jana income tambahan, boleh klik link ni –> RAHSIA SUBLET PREMIUM

Memang berbaloi dari benda yang paling basic sampai ke sublet premium ada dikongsikan – Azilah Saidin

Berikut adalah sedikit sebanyak rumusan apa yang kita boleh lihat kehendak penyewa kita. Hasil kajian ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan pengalaman subletter lain yang mereka kongsikan

Keluarga

a) Rumah kosong (unfurnished) asalkan harga murah
b) Ruang tamu luas untuk tetamu
c) Tidak perlu perabot
d) Kadar sewa lebih rendah

Bujang Bekerja

a) Sewa per bilik untuk lebih privacy
b) Rumah fully furnished
c) Dekat dengan kemudahan awam
d) Katil single lebih sesuai

Pelajar

a) Tidak kesah berkongsi
b) Perabut asas
c) Ada Internet
c) Katil double decker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *