Tips Mendapatkan Keizinan Untuk Mengusahakan Sublet Dari Tuan Rumah

Categories Sublet

Langkah paling penting dalam memulakan bisnes sublet ini adalah dengan mendapatkan unit sublet. Terdapat 5 tanda yang boleh kita ambil tahu sewaktu berjumpa dengan tuan rumah. Perhatikan tanda tanda ini.

✔ Tinggal jauh dari rumah yang ingin disewakan?
✔ Sibuk dengan kerja dan pulang lewat malam ke rumah?
✔ Cerewet dengan siapa yang akan menyewa rumahnya?
✔ Hanya fikir nak dapat sewa bulanan. Tidak mahu pening kepala dengan masalah penyewa?
✔ Seorang pelabur hartanah yang sudah mempunyai banyak rumah? Mereka pastinya gembira jika ada orang yang sudi menguruskan rumah mereka.

Jika kesemua kriteria di atas ini ada, maknanya peluang untuk meneruskan rundingan untuk sublet adalah amat tinggi. Bagaimana untuk berunding sampai jadi? Aku cerita bagaimana aku dapatkan unit pertama aku.

———

Pengalaman aku sendiri, aku call owner untuk ajak jumpa (ini STEP PENTING, nak deal kena jumpa FACE to FACE). Sebelum ini aku dah pernah try deal guna phone, owner semua tak bagi. Owner yang ni umur dah 60 lebih, ada sakit sakit. Aku kenalkan diri, sembang tentang keinginan aku untuk sewa rumah dia. Rumah dia unfurnished. Aku bagitau aku nak sublet rumah dia.

Apa yang aku tawarkan adalah (boleh rujuk CASE STUDY PERTAMA dan KEDUA – lebih kurang sama je ceritanya)

  • Aku akan letakkan sedikit perabot di unit dia.
  • Cat balik bagi cantik.
  • Segala kerosakan kecil aku tanggung (padahal penyewa yang tinggal yang akan tanggung)
  • Dan sewakan ikut katil.
  • Aku pajak selama 3 tahun + 2 tahun.

Lepas dia dah faham sublet tu apa dan apa aku akan buat, dia terus cakap okey, tak kesah kau nak mark up berapa pun nak, janji sewa aku bulan bulan on time je.

So apa yang aku buat adalah aku guna postdated cheque. Aku terus bagi 12 bulan cheque (untuk setahun terus). Now dah bulan ke enam.

Kenapa pakai postdated cheque?

Supaya owner tak susah susah buang masa nak cari aku selama setahun kejar sewa.

Dia cash/deposit kat bank je mengikut tarikh cheque tu.

Nak diceritakan walaupun Pakcik ni ada anak muda, tapi anak dia tak ada masa nak jaga rumah sewa dan walaupun rumah Pakcik ni tak jauh mana pun dari rumah sewa dia, tapi oleh sebab dia sakit sakit, dia malas nak travel untuk kutip duit sewa. So memang peluang untuk aku dapatkan rumah sewa Pakcik ini untuk di sublet.

Mindset untuk SUBLET ini sebenarnya bukan untuk kita kaut untung semata-mata. Tetapi, kita memberikan servis untuk bantu selesaikan masalah owner seperti penyewa culas bayar sewa, barang dan peralatan dalam rumah rosak dan 5 sebab di atas tadi

Cuba bayangkan ya. Kita sebagai Tuan Rumah ada orang nak sewa selama 5 tahun, orang tu pulak jenis penyewa dari syurga (bayar sewa on time, tak rosakkan barang, rumah cantik dan terjaga). Mesti kita sebagai Tuan Rumah suka kan? Jadi letakkan posisi kita untuk membantu owner FIRST, get the TRUST dan the money part will come later 

P/s: Aku sebenarnya dapat 3 unit dari Pakcik ini terus on the spot bila dia percaya kat aku 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *